
Oleh Anak Mami
Ketika UMNO menerima kekalahan hebat dalam tsunami 308, mahu idak mahu Umno terpaksa menerima kenyataan, maka bangkit terperanjat dalam mimpi ngeri !! Apabila mereka menerajui jalan buntut, maka babi dijadikan bagai alat perpaduan Islam di Malaysia
Parti politik yang berunsurkan parti yang suka main api provokasi, bila menghadapi hentaman yang tidak diduga, babi telah jadi inspirasi mereka untuk memperjuangkan semangat mereka. Adalah pintar kalau kita meninjau sejarah babi dalam arena politik UMNO.
Umno amat cintakan babi, dimana mereka anggap babi adalah symbol perpaduan Melayu, cubalah lihat kes kandang babi di Selangor, satu rancangan untuk mengutuk pihak PR bila isu kandang babi diperbesarkan,. Padahal isu kandang babi adalah adalah salah satu rancangan untuk UMNO mengautkan keuntungan dari penternak babi.
Begitu juga kes Perwaris di Melaka, mereka sengaja gantungkan kepala babi di banner, dalam kepala otak UMNO, babi adalah symbol perpaduan Islam, maka akan membangkitkan Melayu marah lalu bersatu hati. Tapi rancangan ini dibongkarkan oleh rakyat.
Kes Kepala babi yang dilontar di surau Universiti Malaysia, dimana kepala babi dibalut dengan bendera PAS. Kemungkinan UMNO merasakan Babi sebagai lambing perpaduan, mereka ingin menyampaikan mesej kepada pihak PAS, bahawa kepala babi adalah satu lambing perpaduan Islam, khasnya kepala babi boleh mengeratkan silatuhrahim ummah,
Kes yang terbaru, kepala babi dibalut dengan beg plastic lutsinar, ini yang dahsyat. Nampaknya pelontar kepala babi itu takut terkena kepala babi hutan, maka dosa ini tidak akan diampun oleh Allah maha esa. Sekali lagi isu kepala babi ini dikaitkan dengan isu kalimah Allah, nampaknya UMNO pandai gunakan Allah dengan Babi. Untuk publisiti, mereka izinkan isu ini membarak dan akan menarik ramai penyokong membuat provokasi. Suatu strategi yang agar sensitive dalam perpaduan masyarakat berbilang kaum.
Bagi Islam UMNO, kepala babi dan kalimah Allah adalah setaraf kedudukannya. Kedua dua unsur ini sama sama penting, kedua kedua element ini boleh mengeratkan perpaduan. Isu Kalimah Allah dan kepala babi ini boleh menegakkan keadilan untuk ummah Islam. Bagi Islam bermazhab UMNO, kepala babi adalah symbol perpaduan Melayu. Kedua dua bilah keris yang membuat erti perjuangan, maka amat sesuailah keris itu dapat membunuh atau menyembileh babi. Ini adalah lambang perpaduan UMNO dan babi.
























